Wednesday, 4 April 2012

TAHUKAH ANDA....????

Bertemu kita lagi untuk membicarakan soal isu semasa....
Tahukah anda betapa rakusnya manusia mengejar pembangunan sehingga menyebabkan bumi ini merajuk dan sakit..???. Kita hanya pandai membicarakan apakah punca pemanasan global....tetapi tidak pandai untuk mengatasinya....Mari kita hayati apa sebenarnya maksud Pemanasan Global ini...

PEMANASAN GLOBAL...
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artiklebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Mungkin kita patut sedar dan fikir apa yang akan terjadi jika benar ramalan ahli sains tersebut....


Adakah kita sudah bersedia menghadapi tahun 2099???? Fikirkanlah....sama-samalah kita berganding bahu selamatkan planet kita...^ ^
                                                                  

Tuesday, 3 April 2012

EARTH HOUR.... ? APAKAH MAKSUD DI SEBALIKNYA.......

emm bila kita bercakap mengenai earth hour apa yang akan terlintas di akal kita? semestinya kita fikir tentang tutup lampu kan? sebenarnya Earth Hour nie bukan sahaja pasal tutup lampu selama satu jam, tetapi ia juga merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan serta membanteras pemanasan iklim global. 

Tujuan menutup lampu itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku sekarang di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individu bagaimana perubahan kecil boleh menyumbang kepada perubahan besar dalam rutin seharian. Bayangkan bumi kita yang tidak mampu lagi untuk menjadi tempat kita berteduh, menyebabkan kehidupan jadi kelam, dan tidak mampu untuk berbuat apa, bahkan mahu menjalankan kehidupan juga susah. Itu yang saya faham di sebalik simbolik pemadaman lampu selama sejam ini.

di bawah ni merupakan gambaran di KLCC sebelum dan selepas pemadaman lampu sempena menyokong hari Earth Hour....

KLCC-09-EarthHour

sedangkan bangunan pun boleh menyokong hari Earth Hour inikan pula kita..
ramai dikalangan kita mempersoalkan kenapa perlu menutup lampu sedangkan banyak lagi cara lain untuk kita selamatkan bumi kita.. hurmm itulah masalah kita sebenarnya, hanya bijak berkata-kata tetapi mampukah untuk kta melaksanakan nya???? jadi, tepuklah dada tanya diri anda... bagi saya, saya amat menyokong hari Earth Hour ini... ^_^

SAYANGILAH BUMI KITA.....


FINALLY...

FINALLY, siap jugak blog zie...